Pertunjukan Cahaya dan Bunyi

Cara yang terbaik untuk mengenali dan belajar tentang Melaka. Pertunjukan cahaya dan bunyi di Bandar Hilir, Padang Pahlawan adalah projek cahaya dan bunyi yang pertama di Asia Tenggara. Pertunjukannya adalah setaraf dengan pertunjukan di Gaza yang dinamakan Egyptian Pyramid, Acropolis di Athen dan juga Red Fort di Delhi.

Sejarah Melaka digambarkan oleh cahaya-cahaya ini, berserta penceritaan hikayat menerusi dialog, musik dan kesan bunyi khas yang memaparkan drama kehidupan sebenar hingga mengagumkan pelawat-pelawat. Dengan hiburan berinformasi ini diharap pengunjung-pengunjung yang hadir akan belajar memahami sejarah, kebudayaan dan rakyat negeri Melaka.

Leave a Reply